Monday 1 September 2014

Pelbagai khasiat daun pecah beling

Pecah beling atau nama saintifiknya Strobilanthes crispus atau Saricocalix crispus (Acanthaceae) merupakan tumbuhan yang berasal dari Madagascar hingga ke Indonesia dan telah dikenal pasti buat pertama kalinya oleh Thomas Anderson (1832 - 1870) yang mengkelaskan tumbuhan ini di bawah Spermatophyta (tumbuhan berbunga dan gymnosperma). Daun in dikenali dengan nama pecah beling, enyoh kilo, kecibeling atau kejibeling di Indonesia. Di Malaysia, pokok ini lebih dikenali dengan nama pecah kaca, pecah beling atau jin batu. Pokok mudah ditanam dan hidup subur di Malaysia. Daunnya telah digunakan secara tradisional untuk merawat kanser, kencing manis serta batu karang dan juga sebagai agen diuretik.

Tumbuhan ini mempunyai kandungan kalsium karbonat yang tinggi dan air rebusannya bersifat alkali yang lemah. Kajian oleh Kusumoto dan rakan-rakan (1992) menyatakan bahawa ekstrak air pecah beling mempunyai kompaun atau molekul yang mampu untuk merencatkan pertumbuhan retrovirus; agen dalam jangkitan virus seperti sindrom kurang daya tahan penyakit (AIDS) dan juga mampu untuk merencatkan pertumbuhan sel leukemia. Terdapat banyak kompaun yang telah diasingkan dan dikenal pasti seperti asid kafeik, asid p-hidroksi benzoik, asid p-voumarik, asid vanillik, asid gentinik, asid ferulik dan asid siringik.
Daripada kajian makmal yang dilakukan oleh Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), daun pecah beling mempunyai kandungan mineral yang sangat tinggi seperti kalium (51%), kalsium (24%), natrium (24%), ferum (1%) dan fosforus (1%). Daunnya juga mempunyai kandungan vitamin C, B1, B2 yang agak tinggi dan banyak bahan yang lain seperti katekin dan tannin. Daun ini juga mengandungi kafeina, tetapi kandungannya adalah rendah. Kesemua kandungan yang dinyatakan menyumbang kepada paras jumlah antioksidan (total antioxidant activity) yang sangat tinggi jika dibandingkan dengan yerbamate (teh herba) dan vitamin E (alfa-tokoferol).

Bagi kajian antikanser pula, kajian praklinikal telah dijalankan untuk menilai keberkesanan ekstrak pecah beling secara in vitro (kultur tisu) dan in vivo (kajian haiwan). Bagi kajian kultur tisu, ekstrak pecah beling bertindak secara efektif untuk merencatkan pertumbuhan sel kanser kolon, kanser hati dan kanser buah dada. Ekstrak ini mampu membunuh sel kanser dengan mengaruh sel kanser ini mati secara semula jadi (apoptosis) tanpa kesan sampingan atau keradangan. Di samping itu, ekstrak pecah beling ini juga mampu untuk memendamkan gen penyebab kanser, sekali gus mengurangkan risiko dan keterukan kanser. Bagi kajian haiwan pula, ekstrak air pecah beling pada kepekatan 2.5% dan 5% mampu untuk mengurangkan keterukan kanser hati bagi tikus yang diaruh kanser hati.

Fitosterol (sterol dari tumbuhan) telah berjaya diasingkan daripada daun pecah beling ini. Bahan ini telah terbukti mampu untuk merencatkan pertumbuhan sel kanser seperti yang telah disebutkan di atas. Bahan ini juga dikatakan mampu untuk menurunkan paras kolesterol darah kerana fitosterol akan bersaing dengan kolesterol di dalam usus, sekali gus menyebabkan kolesterol dari makanan tidak dapat diserap.

Ekstrak air daun pecah beling juga telah diuji keberkesanannya sebagai agen antidiabetis pada tikus yang diaruh diabetes. Ekstrak daun pecah beling pada kepekatan 5% dan 7.5% mampu untuk menurunkan paras gula darah di samping meningkatkan paras jumlah antioksidan (total antioxidant level) darah bagi tikus yang diaruh diabetes atau kencing manis. Ekstrak ini tidak mempunyai kesan ke atas paras gula darah pada tikus normal, tetapi mampu untuk meningkatkan paras jumlah antioksida (total antioxidant level). Peningkatan paras jumlah antioksidan (total antioxidant level) dalam darah adalah penting untuk melindungi badan daripada radikal bebas. Oleh itu, ekstrak ini sesuai bukan sahaja untuk mereka yang berpenyakit, tetapi juga untuk mereka yang normal.

Kami telah menyediakan formula teh daripada daun pecah beling. Teh pecah beling ini telah menunjukkan tahap antioksidan yang sangat tinggi, merencatkan pertumbuhan sel kanser buah dada dan kanser ovari dan juga berkesan untuk menurunkan paras gula darah pada tikus yang diaruh diabates atau kencing manis. Hasil yang menarik lagi ialah di mana teh pecah beling ini mampu untuk merencatkan pertumbuhan 2 daripada 9 mikroorganisma yang dikaji iaitu Streptococcus sobrinus dan Streptococcus mutans. Bakteria yang disebutkan ini adalah bakteria yang menyebabkan karies gigi.

Kesimpulannya, daun pecah beling merupakan tumbuhan yang mempunyai banyak khasiat. Ia mempunyai jumlah antioksidan yang tinggi di samping mampu untuk bertindak sebagai agen antioksidan, antikanser, antidiabetes dan juga antimikrob. Walau bagaimanapun, kajian klinikal (human study) masih perlu dijalankan untuk menentukan kesannya terhadap pesakit kanser dan juga pesakit diabetes atau kencing manis.

Artikel oleh:
Prof. Madya Dr. Asmah Rahmat dan Mohd. Fadzelly Abu Bakar.
Jabatan Pemakanan dan Sains Kesihatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan,
UPM, Serdang, Selangor, Malaysia.




Friday 30 May 2014

Kesan sampingan habbatus sauda'

Bismillahirrahmaanirrahim.

Secara umumnya, pengambilan habbatus sauda oleh individu yang tiada masalah kerosakan organ adalah sangat selamat, insyaAllah. Ini kerana kadar dos toksik habbatus sauda didapat amatlah tinggi dan jauh daripada dos therapeutic yang memberi kesan kesembuhan. Oleh itu, ia selamat diambil dalam dos yang sederhana sesuai dengan kegunaan sebagai bahan makanan harian.

Walaubagaimanapun, peringatan perlu diberikan untuk masalah atau keadaan berikut :




  • pengambilan 2g minyak HS untuk setiap kg berat badan dilaporkan boleh menyebabkan kerosakan ginjal dan liver/hati. Dos ini sangat tinggi berbanding had maksimum 4 biji kapsul habbatus sauda' sehari iaitu 2g untuk seluruh berat badan dewasa. Penggunaan oleh pesakit hati dan buah pinggang perlu dirujuk kepada doktor.
  • Mereka yang mempunyai reaksi allergi kepada habbatus sauda', keadaan seperti contact dermatitis pernah dilaporkan.
  • Habbatus sauda mungkin meningkatkan risiko pendarahan. Mereka yang mengambil ubat-ubatan yang  mencairkan darah seperti aspirin dan berisiko pendarahan atau pesakit yang mempunyai 'bleeding disorders' perlu mengurangkan dos ke tahap minimum.
  • Habbatus sauda mungkin merendahkan kandungan gula dalam darah. Penggunaan bersama ubat diabetes atau herba yang mempunyai kesan sama perlu dipantau untuk mengelakkan hypoglycaemia. 
  • Habbatus sauda juga mungkin menurunkan tekanan darah. Penggunaannya perlu dipantau jika dimakan bersama lain-lain ubat atau herba yang memberi kesan kepada tekanan darah.
  • Elakkan penggunaan dalam kuantiti melebihi jumlah kegunaan dalam pemakanan oleh ibu mengandung, atau sedang cuba untuk mengandung.
Pastikan pengambilan habbatus sauda dan lain-lain herba diiringi dengan meminum air kosong yang banyak bagi membantu bahan sampingan herba dapat dibersihkan dari dalam darah secepat mungkin.


Semoga kita semua dikurniakan kesihatan dan kesembuhan dengan amalan pemakanan sunnah. Ameen.

" Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan Aku"
 (asy-Syu’ara’: 80)

Habbatus sauda' untuk ibu hamil

Soalan : Saya telah disahkan mengandung. Bolehkah saya terus mengamalkan pengambilan habbatus sauda'?


Jawapan:

Setakat ini, belum ada kajian yang khusus dilakukan untuk mengkaji kesan habbatus sauda' ke atas ibu-ibu yang mengandung.  Secara umumnya, pengambilan habbatus sauda sebagai ubatan herba, iaitu melebihi jumlah biasa yg digunakan di dalam makanan harian seeloknya dielakkan terutamanya bagi bagi wanita yang sedang cuba mengandung, atau dalam tempoh trimester pertama kandungan.


Dari segi kajian haiwanpula, terdapat hasil kajian yang berbeza tentang kesan 'anti-inplantation' habbatus sauda ke atas embryo selepas mengawan menyokong penggunaan habbatus sauda sebagai salah satu agen perancang kehamilan alami :

-ethanol dan ether ekstrak biji nigella sativa didapati tidak menunjukkan kesan anti-implantation pada tikus albino. (rujuk disini), alhamdulillah.

-kesan anti-kesuburan pula dilihat dalam tikus Sprague-Dawley yang diberi makan 2gram habbatus sauda untuk setiap kg. berat badan setiap hari selama sepuluh hari selepas mengawan. ( Keshri,G. et al. ,1995) -dos ini agak tinggi berbanding dos yang dicadangkan maksimum 4 kapsul (2g) sehari.

Tidak hairan jika di sesetengah tempat seperti India, habbatus sauda digunakan dalam ramuan pencegah kehamilan.

Namun, ada juga terdapat pengalaman pengamal habbatussauda' yang melaporkan ia selamat diamalkan jika sekadar digunakan sebagai perasa dalam masakan, atau dalam kadar dos yang rendah terutama setelah kandungan masuk trimester kedua dan ketiga, insyaAllah.


Akhirnya, jika puan berniat untuk beramal dengan habbatus sauda' semasa mengandung atas tujuan perubatan, ingatlah.... 

"Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkanku"
(asy-Syu’ara’: 80)

Wallahu a'lam.




Kapsul habbatus sauda manjakani


INFO PRODUK

Setiap botol mengandungi 60 biji kapsul campuran habbatus sauda dan manjakani.


Harga: RM25/botol

KEGUNAAN

Ramuan habbatu sauda' dengan manjakani ini sesuai untuk :

  • Wanita selepas berpantang/bersalin : untuk kesihatan dalaman  sistem peranakan wanita. Membuang angin, memanaskan badan, melancarkan pengaliran darah dan kandungan tannin dalam manjakani berkesan merapatkan semula otot-otot vagina dan uterus yang kurang elastik akibat proses kelahiran, proses penuaan dan perubahan hormon.
  • Masalah keputihan dan jangkitan : Kesan sinergi antimicrobial habbatus sauda dan sifat astringent manjakani melawan jangkitan bakteria dan fungal di kawasan intim, mengurangkan lendir/discharge yang berlebihan.
  • Kesembuhan rahim dan tisu vagina :  astringen manjakani dan khasiat habbatus sauda memberikan kesan kesembuhan (healing effect) kepada tisu vagina dan rahim.
  • Menganjalkan payudara : meningkatkan kesan elastik tisu payudara.
  • Menegangkan kulit : kesan astringent juga menegangkan dan melicinkan kulit.
  • Antipenuaan dan antikanser : kesan antioksidan dalam habbatus sauda dan manjakani mengurangkan kesan penuaan dan radikal bebas dalam tisu badan.
Nota

  • Tidak sesuai digunakan oleh wanita mengandung.
  • Elakkan mengambil jamu/ramuan lain yang mengandungi manjakani untuk mengelakkan dos berlebihan.
  • Minum banyak air kosong untukmengelakkan kesan sampingan.
  • Guna tidak lebih dari 4 biji kapsul sehari. Kurangkan dos sehingga sebiji kapsul sehari atau bila perlu jika kesan positif telah diperolehi.
Hubungi pn. Yati (012-2169594) untuk pertanyaan lanjut atau pembelian.

Monday 26 May 2014

Kapsul habbatus sauda



Info produk

Kuantiti: 60 biji kapsul size '0' (besar~500mg/kapsul)

Kandungan : 100% Nigella sativa
Harga : RM 20




Kegunaan:



  • Melancarkan peredaran darah
  • Membuang angin badan
  • Meningkatkan sistem imunisasi
  • Antibakteria
  • Antitumor
  • Antiinflamasi/radang
  • Melancarkan perjalanan haid
  • Melancarkan pengeluaran susu badan.
Khasiat habbatus sauda:

~Asid linolik dan asid linolenik gamma membantu membentuk Prostaglandin E1 yang membantu badan untuk menghentikan jangkitan dan menyeimbangkan system imunisasi badan dan meregulasi reaksi alahan.

~Asid linolenik gamma juga membantu menstabilkan membran sel.

~Volatile oil Nigellone dan thymoquinone bertanggungjawab memberi kesan anti histamine, anti oksida, anti jangkitan dan kesan pengembangan saluran pernafasan (bronchodilating effect)


MEMBERI TENAGA dengan melancarkan peredaran darah - keletihan, sakit-sakit badan, mudah mengantuk

MENINGKATKAN IMUNISASI – mengelakkan dari jangkitan penyakit, meningkatkan sel pembunuh penyakit, sesuai untuk pengidap AIDS, pesakit kanser, penyakit berkenaan ketahanan badan, membantu melawan penyakit

ANTI INFLAMASI – mengurangkan bengkak dan radang, sesuai untuk pesakit asma (radang paru-paru), sakit kulit eczema (radang kulit) dan arthritis (bengkak sendi)

SALURAN PERNAFASAN – melegakan saluran pernafasan yang membengkak (lihat Anti Inflamasi),

ANTI HISTAMIN – mencegah cetusan histamine (punca alahan) dalam badan, sesuai untuk mereka yang mempunyai alahan kepada makanan (makanan laut dsb) dan debunga, juga asma

ANTI BAKTERIA – mengelakkan dari jangkitan E-coli, cholera dan shigella, mengubati cirit birit, sesuai untuk kesihatan dalam perut dan usus, mengatasi masalah bau mulut, tonsil

ANTI ARTHRITIS – kesan Anti Inflamasi mengelakkan atau mengurangkan kesan keradangan.

PENYAKIT WANITA – membetulkan putaran haid, memperbanyak air susu ibu, meningkatkan tenaga, meningkatkan kesuburan

SALURAN PERKUMUHAN – merawat jangkitan pundi kencing, melawaskan perkumuhan

ANTI PARASIT - membunuh cacing dalam perut, juga sesuai untuk kanak-kanak (lebih dari 5 tahun)

MENINGKATKAN DAYA INGATAN – mempunyai asid omega 6 dan asid omega 3 yang baik untuk otak dan kecerdasan.

MENGECUTKAN KETUMBUHAN (ANTI –TUMOR) – sesuai untuk mereka yang mempunyai ketumbuhan, kanser, tumor dan lain-lain.

MENGAWAL KOLESTROL DAN KADAR GULA


Hubungi 012-2169594 (Anas/yati) untuk pembelian/pertanyaan.


Sunday 25 May 2014

Habbatus sauda serbuk

Info Produk
Berat : 50gm. Harga : RM9 sebotol.

Mahu tahu apa istimewanya serbuk habbatus sauda' ni? Ia merupakan bijian habbatus sauda' yang telah digoreng kering lalu dihancurkan untuk tujuan masakan atau dicampurkan ke dalam minuman kopi dan sebagainya.



Setiap botol ini boleh digunakan terus, tetapi mestilah sentiasa disimpan di tempat yang kering dan ditutup rapat dalam botol kedap udara ini.Ini penting untuk mengekalkan khasiat minyak yang terkandung dalam habbatus sauda'. Oleh kerana ia diproses segar tanpa bahan pengawet dan proses pengeringan yang akan menghilangkan khasiat minyaknya mudah meruapnya (nigellone & thymoquinone), serbuk habbatus sauda' ini terbaik digunakan dalam masa 3 bulan. Lebih cepat dihabiskan, lebih baik. Lebih segar penggunaannya lebih baik.

Inilah faktor penting mengapa serbuk habbatus sauda' ini diproses segar sebelum cepat-cepat dibungkus dan terus dijual.


Kegunaan


Habbatus sauda telah digunakan sebagai salah satu rempah 'premium' sejak zaman Mesir Purba lagi.Di dalam buku yang bertajuk 'Modern Herbal' (1992), dilaporkan bahawa orang-orang  Rom juga menggunakan habbatus sauda' dalam masakan setelah mengetahui kebaikannya, menyebabkan ia turut digelar 'Al- Kazbarah Al-Yunaniah'.

Tukang-tukang masak Perancis pula dilaporkan menggunakan habbatus sauda di dalam beberapa jenis masakan mereka untuk tujuan mengeluarkan peluh, menghilangkan rasa mengantuk dan melancarkan perjalanan darah haid.

Habbatus sauda dimasak untuk tujuan melancarkan pengeluaran susu ibu. Ia juga digunakan untuk membuang angin dan melancarkan sistem penghadaman selepas makan.

Ia juga dicampurkan ke dalam sup dan masakan bagi tujuan melegakan selsema, batuk dan jangkitan saluran pernafasan.

 Cadangan Hidangan :



  • Sup, bubur dan stew. Sesuai untuk memanaskan badan dan meningkatkan imuniti ketika selsema dan jangkitan saluran pernafasan.
  • Lauk-pauk : Kurma, masak kicap, kuah/sos black pepper atau perapan panggang dan BBQ.  
  • Sayur : taburkan ke dalam salad, sup sayur.
  • Taburkan di atas pizza atau roti.
  • Campurkan ke dalam kuih-muih seperti inti karipap dll. 
SELAMAT MENCUBA!

Sunday 27 April 2014

Kandungan zat dalam habbatus sauda


Mungkin kita biasa dengar yang habbatus sauda' ni banyak khasiatnya. Tahukah kita apa sebenarnya yang terkandung dalam bijian hitam ni?

Berikut adalah kandungan zat-zat yang terkandung dalam bijian habbatus sauda secara umum :

Komponen minyak (36-38%) :


  • linoleic acid (50-60%), 
  • oleic (20-23.4%),
  • dihomolinoleic acid (10%),
  • palmitic acid (12.5%) and
  • eicodadienoic acid (3%)
  • sebahagian kecil lipid seperti methylnonadeca-15,17-dienoate, pentyl hexadec-12-enoate, and pentyl pentadec-11-enoate   

Komponen essential oil (0.4-2.5%)
  • Protein (20-23%)
  • Carbohydrates (32-38%)
  • Kandungan kelembapan 4.64-6.5%
  • Fiber (6.6-7.64%)
  • Abu (  4.0-4.37%)  
Kandungan minyaknya pula dibahagikan kepada 2 kumpulan, iaitu minyak kekal (fixed oil) dan minyak meruap (volatile oil).

Minyak kekal (fixed oil)
Minyak kekal ini, adalah minyak yang tersimpan di dalam bijian dan perahan minyak habbatus sauda'...iaa tidak mudah hilang khasiatnya.


Contoh minyak kekal dalam habbatus sauda' termasuklah


  • Asid palmitik
  • Asid stearik
  • Asid oleic
  • Asid linoleic
Minyak meruap (volatile oil)

Minyak meruap ini kuantitinya lebih sedikit dari minyak kekal tetapi sangat penting kerana mengandungi khasiat bahan aktif yang menyumbang kepada kesan baik habbatus sauda'.


Thymoquinone dan nigellone dipercayai bertindak secara langsung dan aktif ke atas tisu-tisu badan. walaubagaimanapun, sifatnya yang mudah meruap menyebabkan kandungannya mudah menurun selepas diproses atau disimpan untuk suatu tempoh.

Sebab itulah, habbatus sauda' yang terbaik ialah yang digunakan terus dari bijinya. Lebih segar, lebih baik. Lebih lama terdedah ke udara, lebih banyaklah minyak meruap yang penting ini hilang.

Faktor inilah yang diambil serius dalam penyediaan habbatus sauda' kami.

Jika berminat mendapatkan produk habbatus sauda' ADNY's Health & Healing, boleh hubungi 012-2169594 (Ust. Anas/ Pn. yati) untuk pembelian/ pertanyaan.