About us


Assalamualaikum wrh wbt.

Pembaca yang dirahmati Allah,

Blog ini hanyalah salah satu platform perkongsian ilmu dan produk bioperubatan moden, rawatan Islam sunnah dan tradisional. Kami juga memperkenalkan produk yang terpilih dibuat dengan ciri Halaalan Toyyiba,InsyaAllah

Misi

Menyebarluaskan amalan kesihatan gaya sunnah serta tradisional dan rawatan Islam berasaskan pengetahuan dan kajian ilmu quran, sunnah dan kajian perubatan moden.

ADNY's Health & Healing dimiliki sepenuhnya oleh ILHAM TIJARI SDN. BHD. (847350 W) diasaskan oleh saudara Anas Adny ( Ijazah pengubatan Islam Darusyifa') 2009 dan Norhayati Ismail (Bachelor of Biomedicine (Hons))2006.

Segala maklumat di dalam blog ini adalah bersumberkan rujukan perubatan Islam, moden dan tradisional serta pengalaman keluarga ADNY. Ia TIDAK BOLEH digunapakai bagi menggantikan pandangan klinikal. Walaupun secara umumnya amalan pemakanan sunnah dan tradisional mempunyai julat keselamatan yang luas, pengamal digalakkan memahami dan membuat rujukan sewajarnya.

Kami berusaha sedaya upaya menyaring, mengeluarkan dan mempromosi produk yang dijamin halal dan mengikut syariat. Semoga ramai yang turut berkongsi manfaatnya.

Untuk sebarang pertanyaan, admin boleh dihubungi di talian 012-2169594 (Anas) atau emailkan kepada pustakaadny@gmail.com.

Selamat beramal dengan habbatus sauda dan pemakanan sunnah!

"Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkanku" (Asy-syu'ara':80)

No comments:

Post a Comment