Friday 18 April 2014

Cara memakan bijian habbatus sauda

Soalan : Saya telah membeli bijian habbatus sauda untuk diamalkan. Bagaimanakah cara menggunakannya?

Jawapan: 

Bijian habbatus sauda merupakan biji benih yang terdapat pada bunga Nigella sativa. Sebagaimana biji benih yang lain, ia diciptakan Allah mempunyai kulit luar keras sebagai perlindungan semulajadi. Kulit yang keras dan kalis air ini tidak mudah dihadam dan dihancurkan di dalam perut dan usus. Oleh itu, bijinya hendaklah dihancurkan terlebih dahulu samada dengan mengunyahnya atau mengisar menjadi serbuk sebelum dicampurkan ke dalam makanan.

Dengan menghancurkannya, barulah kandungan minyak di dalamnya yang kaya pelbagai khasiat dapat diserap melalui usus ke dalam salur darah dan memberi manfaat ke seluruh badan.

Walaubagaimanapun, sekiranya bijian habbatus sauda' telah dikisar terlebih dahulu, elakkan mendedahkannya ke udara, (terdapat pengkaji yang mencadangkan tidak lebih dari 15 minit). Ini kerana antara bahan aktif seperti thymoquinone dan nigellon terkandung dalam bahagian minyak habbatus sauda yang mudah meruap (volatile oil). Minyak mudah meruap inilah yang mempunyai peranan dan khasiat utama dalam perubatan habbatus sauda berbanding kandungan minyak kekal (fixed oil).


Selamat beramal!

ADNY's Health & Healing

No comments:

Post a Comment