Friday 30 May 2014

Habbatus sauda' untuk ibu hamil

Soalan : Saya telah disahkan mengandung. Bolehkah saya terus mengamalkan pengambilan habbatus sauda'?


Jawapan:

Setakat ini, belum ada kajian yang khusus dilakukan untuk mengkaji kesan habbatus sauda' ke atas ibu-ibu yang mengandung.  Secara umumnya, pengambilan habbatus sauda sebagai ubatan herba, iaitu melebihi jumlah biasa yg digunakan di dalam makanan harian seeloknya dielakkan terutamanya bagi bagi wanita yang sedang cuba mengandung, atau dalam tempoh trimester pertama kandungan.


Dari segi kajian haiwanpula, terdapat hasil kajian yang berbeza tentang kesan 'anti-inplantation' habbatus sauda ke atas embryo selepas mengawan menyokong penggunaan habbatus sauda sebagai salah satu agen perancang kehamilan alami :

-ethanol dan ether ekstrak biji nigella sativa didapati tidak menunjukkan kesan anti-implantation pada tikus albino. (rujuk disini), alhamdulillah.

-kesan anti-kesuburan pula dilihat dalam tikus Sprague-Dawley yang diberi makan 2gram habbatus sauda untuk setiap kg. berat badan setiap hari selama sepuluh hari selepas mengawan. ( Keshri,G. et al. ,1995) -dos ini agak tinggi berbanding dos yang dicadangkan maksimum 4 kapsul (2g) sehari.

Tidak hairan jika di sesetengah tempat seperti India, habbatus sauda digunakan dalam ramuan pencegah kehamilan.

Namun, ada juga terdapat pengalaman pengamal habbatussauda' yang melaporkan ia selamat diamalkan jika sekadar digunakan sebagai perasa dalam masakan, atau dalam kadar dos yang rendah terutama setelah kandungan masuk trimester kedua dan ketiga, insyaAllah.


Akhirnya, jika puan berniat untuk beramal dengan habbatus sauda' semasa mengandung atas tujuan perubatan, ingatlah.... 

"Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkanku"
(asy-Syu’ara’: 80)

Wallahu a'lam.




No comments:

Post a Comment