Friday 30 May 2014

Kesan sampingan habbatus sauda'

Bismillahirrahmaanirrahim.

Secara umumnya, pengambilan habbatus sauda oleh individu yang tiada masalah kerosakan organ adalah sangat selamat, insyaAllah. Ini kerana kadar dos toksik habbatus sauda didapat amatlah tinggi dan jauh daripada dos therapeutic yang memberi kesan kesembuhan. Oleh itu, ia selamat diambil dalam dos yang sederhana sesuai dengan kegunaan sebagai bahan makanan harian.

Walaubagaimanapun, peringatan perlu diberikan untuk masalah atau keadaan berikut :




  • pengambilan 2g minyak HS untuk setiap kg berat badan dilaporkan boleh menyebabkan kerosakan ginjal dan liver/hati. Dos ini sangat tinggi berbanding had maksimum 4 biji kapsul habbatus sauda' sehari iaitu 2g untuk seluruh berat badan dewasa. Penggunaan oleh pesakit hati dan buah pinggang perlu dirujuk kepada doktor.
  • Mereka yang mempunyai reaksi allergi kepada habbatus sauda', keadaan seperti contact dermatitis pernah dilaporkan.
  • Habbatus sauda mungkin meningkatkan risiko pendarahan. Mereka yang mengambil ubat-ubatan yang  mencairkan darah seperti aspirin dan berisiko pendarahan atau pesakit yang mempunyai 'bleeding disorders' perlu mengurangkan dos ke tahap minimum.
  • Habbatus sauda mungkin merendahkan kandungan gula dalam darah. Penggunaan bersama ubat diabetes atau herba yang mempunyai kesan sama perlu dipantau untuk mengelakkan hypoglycaemia. 
  • Habbatus sauda juga mungkin menurunkan tekanan darah. Penggunaannya perlu dipantau jika dimakan bersama lain-lain ubat atau herba yang memberi kesan kepada tekanan darah.
  • Elakkan penggunaan dalam kuantiti melebihi jumlah kegunaan dalam pemakanan oleh ibu mengandung, atau sedang cuba untuk mengandung.
Pastikan pengambilan habbatus sauda dan lain-lain herba diiringi dengan meminum air kosong yang banyak bagi membantu bahan sampingan herba dapat dibersihkan dari dalam darah secepat mungkin.


Semoga kita semua dikurniakan kesihatan dan kesembuhan dengan amalan pemakanan sunnah. Ameen.

" Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan Aku"
 (asy-Syu’ara’: 80)

No comments:

Post a Comment